Skip to content

Seksyen 91

Subrogasi berkenaan dengan manfaat dilindungi

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 98 of 179
Seksyen 91

Jika Perbadanan membuat suatu bayaran di bawah Bab ini berkenaan dengan apa-apa manfaat dilindungi, Perbadanan adalah disubrogasi, setakat amaun bayaran yang dibuat, terhadap semua hak dan kepentingan benefisiari takaful atau orang diinsuranskan berhubung dengan manfaat dilindungi itu dan boleh mengambil suatu tindakan berkenaan dengan hak dan kepentingan itu atas nama benefisiari takaful atau orang diinsuranskan itu atau atas nama Perbadanan.