Seksyen 90
Pelepasan liabiliti, dsb., berkenaan dengan manfaat dilindungi
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Bayaran di bawah Bab ini oleh Perbadanan yang berkenaan dengan apa-apa manfaat dilindungi melepaskan Perbadanan daripada segala liabiliti setakat amaun bayaran yang dibuat berkenaan dengan manfaat dilindungi itu, dan dalam apa-apa hal pun Perbadanan tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk memastikan bayaran yang dibuat itu digunakan sewajarnya dalam apa-apa cara.
118
Undang-Undang Malaysia
(2)
Perbadanan boleh membuat bayaran di bawah seksyen 80, 81,
82 atau 88 mengikut apa-apa cara yang disifatkan sesuai oleh
Perbadanan.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), Perbadanan boleh membuat bayaran dengan—
(a)
mengaturkan supaya liabiliti bagi manfaat dilindungi dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans, dengan syarat bahawa kewajipan itu hendaklah diambil alih oleh pengendali takaful atau syarikat insurans mengikut sama ada manfaat dilindungi itu adalah di bawah suatu sijil takaful atau polisi insurans; atau
(b)
membayar kepada orang yang dianggap oleh Perbadanan sebagai berhak kepada bayaran nilai sijil takaful keluarga itu atau nilai polisi hayat itu tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi amaun maksimum perlindungan yang diberikan oleh Perbadanan berkenaan dengan manfaat itu.