Seksyen 87
Pengiraan pulangan atau bunga atas manfaat dilindungi bagi bayaran wajib
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Bagi maksud mengira bayaran wajib oleh Perbadanan berkenaan dengan apa-apa manfaat dilindungi jika suatu perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan anggota penanggung insurans, manfaat dilindungi itu, termasuk pulangan atau bunga yang terakru berhubung dengan kewajipan di bawah sijil takaful atau polisi insurans hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam undang-undang, dimasukkan hanya sehingga tarikh pemfailan petisyen penggulungan.
Perbadanan boleh membayar pulangan atau bunga atas bayaran wajib berkenaan dengan manfaat dilindungi