Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IV · Pekerja Suruhanjaya
24. Syarat perkhidmatan, kelakuan dan tatatertib
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib ke atas pekerjanya.
Suruhanjaya boleh menetapkan apa-apa peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pekerjanya.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini termasuklah―
peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sesuai dan tatacara yang hendak dipatuhi;
peruntukan bagi penubuhan suatu jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan daripada keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang hendak dipatuhi; dan
peruntukan bagi―
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 33
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pekerja Suruhanjaya sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan memperuntukkan apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memperuntukkan peluang kepada pekerja Suruhanjaya yang prosiding tatatertib telah diambil terhadapnya untuk membuat representasi sebelum sesuatu keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib mengenai apa-apa pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.