Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IX · Obligasi Perkhidmatan Awam

68. Obligasi perkhidmatan awam

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah menasihati Menteri berkenaan dengan dasar bagi obligasi perkhidmatan awam.

(2)

Dalam menjalankan fungsi mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah—

72

Undang-Undang Malaysia

(a)

mengenal pasti kriteria yang hendak dipakai bagi penetapan laluan obligasi perkhidmatan awam;

(b)

menilai amaun yang hendak dibelanjakan daripada

Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam bagi menjadikan sesuatu laluan obligasi perkhidmatan awam boleh berdaya maju secara komersial kepada sesuatu syarikat penerbangan;

(c)

mentadbir program mengenai obligasi perkhidmatan awam oleh syarikat penerbangan;

(d)

menyelia, memantau dan mengurus pelaksanaan obligasi perkhidmatan awam oleh syarikat penerbangan;

(e)

membuat bayaran kepada syarikat penerbangan bagi pelaksanaan obligasi perkhidmatan awam mereka daripada

Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam atas apa-apa terma yang ditetapkan oleh Suruhanjaya; dan

(f)

menghendaki syarikat penerbangan yang berkaitan untuk mematuhi segala perjanjian dan undang-undang yang terpakai dalam menjalankan obligasi perkhidmatan awam.

Report

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules