Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Kewangan

25. Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan

Feedback & support
(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Suruhanjaya Penerbangan” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

(b)

semua atau mana-mana bahagian fi, kos, penalti kewangan dan caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

34

Undang-Undang Malaysia

(c)

semua wang yang berpunca daripada pendapatan daripada pelaburan modal terjamin oleh Suruhanjaya;

(d)

semua wang yang berpunca daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau diperoleh oleh

Suruhanjaya;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30;

(f)

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Suruhanjaya dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh

Suruhanjaya; dan

(g)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Suruhanjaya, selain bagi maksud membiayai obligasi perkhidmatan awam.

(3)

Semua wang yang disebut dalam perenggan (2)(a) yang melebihi kehendak kewangan Suruhanjaya bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Report

Bahagian VI

Pelesenan dan Caj

Bahagian VII

Persaingan

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules