Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VIII · Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

66. Hak trafik udara

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara bagi kedua-dua laluan domestik dan antarabangsa.

70

Undang-Undang Malaysia

(2)

Dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya boleh—

(a)

menilai prestasi syarikat penerbangan dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan udara dan, sekiranya terdapat pelanggaran apa-apa syarat yang dikaitkan dengan pemberian hak trafik udara kepada sesuatu syarikat penerbangan, Suruhanjaya boleh—

(i)

mengenakan penalti kewangan ke atas syarikat penerbangan itu sehingga satu juta ringgit;

(ii)

menggantung pemberian hak trafik udara kepada syarikat penerbangan itu; atau

(iii)

membatalkan pemberian hak trafik udara kepada syarikat itu;

(b)

mempertimbang kesan penguntukan hak trafik udara yang dicadangkan itu terhadap pengguna, industri penerbangan awam dan kepentingan awam;

(c)

mempertimbang manfaat penguntukan hak trafik udara pada laluan yang sama kepada dua pemohon atau lebih;

(d)

mempertimbang persaingan antara syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatan pengangkutan udara; dan

(e)

mempertimbang apa-apa faktor lain yang ditetapkan oleh

Suruhanjaya.

Report

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules