Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif
17. Fungsi Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam termasuklah―
untuk memperbaiki perhubungan, di peringkat global dan tempatan, supaya dapat menggalakkan pertalian ekonomi, integrasi dan pertumbuhan, dan perdagangan, pelaburan dan pelancongan;
26
Undang-Undang Malaysia
untuk menggalakkan persaingan yang berkesan dalam industri penerbangan awam dengan menggalakkan suatu persekitaran ekonomi yang membenarkan syarikat penerbangan
Malaysia mengekalkan keupayaan mereka untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran penerbangan awam melalui cara yang menguntungkan, cekap dan adil yang mampan;
untuk menggalakkan pengendalian aerodrom dan perkhidmatan pengendalian darat yang cekap, ekonomi dan menguntungkan;
untuk menggalakkan pelaburan yang tepat pada waktunya dalam industri penerbangan awam bagi memenuhi permintaan dan keperluan pembangunan
Malaysia yang semakin berkembang; dan
untuk memaksimumkan nilai ekonomi mana-mana bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan
Persekutuan kepada industri penerbangan awam dan untuk mendapatkan dan menggalakkan cara untuk mengurangkan apa-apa bantuan kewangan sedemikian mengikut masa;
untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna termasuklah―
untuk menggalakkan suatu persekitaran yang membenarkan pengguna berhubung dengan industri penerbangan awam mendapat akses dengan cara yang telus kepada pilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan;
untuk menerima dan menyebarkan maklumat dan pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna atau perkhidmatan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 27
yang diberikan oleh pemegang lesen dan pemegang permit;
untuk berunding dengan industri, kerajaan dan kumpulan pengguna lain mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna; dan
untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian aduan pengguna;
untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;
untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara;
untuk memantau penguntukan slot bagi syarikat penerbangan atau pengendali pesawat udara lain;
untuk mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam;
untuk memudahkan dan menyelaras perkara yang menjadi kepentingan kepada industri penerbangan awam Malaysia antara penyedia perkhidmatan penerbangan dengan agensi kerajaan, di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan atau berbangkit daripada mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya hendaklah bebas dalam melaksanakan fungsinya.
Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya hendaklah mengambil kira apa-apa perjanjian antarabangsa yang Malaysia
28
Undang-Undang Malaysia merupakan suatu pihak kepadanya dan hendaklah tidak bertindak berlawanan dengan obligasi antarabangsa atau kepentingan Malaysia.