Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
47. Tafsiran
Feedback & supportDalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk penyelarasan antara perusahaan yang dengan diketahui menggantikan kerjasama amali antara mereka bagi risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamatnya atau kesannya adalah sama ada—
untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam pasaran perkhidmatan penerbangan; atau
untuk mendedahkan penjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam pasaran perkhidmatan penerbangan, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat di bawah keadaan biasa persaingan;
48
Undang-Undang Malaysia
“kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran perkhidmatan penerbangan untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi;
“pasaran perkhidmatan penerbangan” ertinya suatu pasaran bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia atau di mana-mana bahagian di Malaysia;
“perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, antara perusahaan, dan termasuklah suatu perjanjian mendatar, perjanjian menegak, perkongsian kod syarikat penerbangan, perikatan, perkongsian atau usaha sama, suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu;
“perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;
“perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran; dan
“perusahaan” ertinya mana-mana individu, pertubuhan perbadanan, kumpulan orang yang tidak diperbadankan atau apa-apa entiti lain yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti yang berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari-subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran perkhidmatan penerbangan.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 49