Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XIII · Bahagian XIII

88. Rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan mana-mana keputusan Suruhanjaya di bawah Bahagian VII boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan bermula dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

(2)

Apa-apa rayuan itu hendaklah dibuat mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu yang berhubungan dengan tatacara sivil; dan Mahkamah Tinggi hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

(3)

Dalam seksyen ini, “keputusan” termasuklah apa-apa perbuatan, peninggalan, keengganan, arahan atau perintah.

Report

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules