Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian XIV · Kecualian dan Peralihan

100. Kecualian bagi lesen dan permit

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang suatu lesen atau permit yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996, atau apa-apa hak trafik udara yang diuntukkan kepadanya bagi perkhidmatan domestik atau antarabangsa oleh Kementerian Pengangkutan, hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini sehingga tarikh habis tempoh lesen, permit atau hak itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak itu.

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa lesen, permit atau hak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.

(3)

Suruhanjaya boleh mengubah terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) bagi maksud menyelaraskan lesen, permit atau hak itu dengan dasar Suruhanjaya berkenaan dengan pengenaan syarat mengenai pelesenan dan permit di bawah Akta ini.

(4)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan lesen, permit atau hak hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai diberi kuasa di bawah Akta ini.

Kecualian bagi Perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar

Report