Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian X · Perlindungan Pengguna

69. Kod pengguna

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menetapkan suatu kod pengguna yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang boleh termasuk kehendak mengenai dasar dan amalan minimum bagi—

(a)

memenuhi dengan munasabahnya kehendak pengguna;

(b)

pengendalian aduan pengguna dan pampasan pengguna dalam hal pelanggaran kod pengguna;

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 73

(c)

meningkatkan kesedaran pengguna termasuklah pengadaan maklumat kepada pengguna mengenai perkhidmatan penerbangan, caj dan tahap perkhidmatan dan standard pelaksanaan yang minimum;

(d)

perlindungan maklumat pengguna;

(da)

penentuan fi atau caj yang dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pengguna.

(2)

Dalam penyediaan dan apa-apa pindaan kod pengguna yang berikutnya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah berunding dengan pihak berkepentingan termasuklah syarikat penerbangan, pengendali aerodrom dan badan dan organisasi yang berkaitan yang lain dalam industri penerbangan awam.

(3)

Seseorang yang memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan hendaklah mematuhi kod pengguna.

(4)

Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan sebanyak suatu amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan dalam hal ketidakpatuhan kedua atau berikutnya, suatu amaun sepuluh kali daripada penalti kewangan yang dikenakan bagi ketidakpatuhan yang pertama.

Report

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules