Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Kewangan
34. Akaun dan laporan
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Perkhidmatan
Awam dan laporan aktivitinya disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu―
suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
suatu laporan aktivitinya.
Suruhanjaya hendaklah, seberapa segera yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit, suatu salinan laporan juruaudit dan suatu salinan laporan aktivitinya
38
Undang-Undang Malaysia kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.