Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot
67. Penguntukan slot
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat mana-mana atau semua yang berikut:
menyelia dan memantau penguntukan slot oleh mana-mana orang;
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 71
mengeluarkan arahan yang berhubungan dengan penguntukan slot kepada orang itu;
menetapkan peraturan-peraturan yang menyatakan prinsip dan tatacara bagi penguntukan slot;
menentukan apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan penguntukan slot.
Mana-mana pesawat udara yang beroperasi di aerodrom tidak boleh dengan sengaja―
mengendalikan perkhidmatan udara pada masa yang secara signifikan berbeza daripada slot yang diuntukkan;
atau
menggunakan slot dengan cara yang secara signifikan berbeza daripada yang ditunjukkan pada masa penguntukan, jika penggunaan itu menjejaskan aerodrom atau operasi trafik udara.
Bagi maksud seksyen ini, “penguntukan slot” ertinya penguntukan slot masa bagi maksud membenarkan pesawat udara mengakses kemudahan aerodrom bagi pendaratan dan pelepasan pada tarikh dan masa yang tertentu.