Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian II · Aktiviti Ditetapkan dan Pelesenan
10. Pindah milik lesen
Feedback & supportTiada lesen boleh dipindah milik daripada pemegang lesen kepada mana-mana orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis pihak berkuasa pelesenan.
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa pelesenan boleh meluluskan pemindahan hak milik lesen jika—
pemegang lesen itu mati atau menjadi tidak upaya atau bankrap;
dalam hal sesuatu syarikat, pemegang lesen telah digulung atau seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan perniagaan pemegang lesen itu; atau
atas apa-apa sebab pihak berkuasa pelesenan berpuas hati bahawa tidaklah adil jika lesen itu tidak dipindahkan hak miliknya.
Industri Biobahan Api Malaysia 13
Suatu permohonan bagi pindah milik lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak berkuasa pelesenan.