Skip to content

Seksyen 15

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan mengenai pelesenan

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 15 of 56
Seksyen 15
(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan cara memohon lesen di bawah Akta ini, fi yang dikehendaki dibayar baginya, syarat-syarat yang hendak dikenakan dan kuasa untuk mengehadkan bilangan lesen;

(b)

menetapkan tatacara tentang pembatalan dan penggantungan lesen; dan

(c)

menetapkan tatacara tentang rayuan.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.