Seksyen 11
Serah hak lesen
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
ActIn forceProvision 11 of 56
Seksyen 11
(1)
Pemegang lesen tidak boleh menyerah hak apa-apa hak, kewajipan, liabiliti atau obligasi di bawah lesennya kepada orang lain.
(2)
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.