Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian II · Aktiviti Ditetapkan dan Pelesenan
12. Pembatalan atau penggantungan lesen
Feedback & supportPihak berkuasa pelesenan boleh membatalkan atau menggantung mana-mana lesen jika pihak berkuasa pelesenan berpuas hati bahawa—
mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau bahawa mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
pengeluaran lesen adalah disebabkan oleh representasi palsu fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen;
maksud asal lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau
pemegang lesen telah berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti biobahan api yang baginya lesen itu dikeluarkan.
Walau apa pun subseksyen (1), pihak berkuasa pelesenan tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen atas alasan pelanggaran yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika pihak berkuasa pelesenan berpuas hati, selepas memberikan pemegang lesen suatu peluang untuk membuat representasi secara bertulis yang dia berhasrat
14
Undang-Undang Malaysia untuk membuat, bahawa lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, lesen itu tidak lagi berkuat kuasa dari tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.