Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian II · Aktiviti Ditetapkan dan Pelesenan
8. Pengeluaran lesen
Feedback & support(1)
Setelah memberikan pertimbangan sewajarnya kepada permohonan yang dibuat mengikut seksyen 7, pihak berkuasa pelesenan boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.
(2)
Jika permohonan bagi lesen diluluskan, lesen hendaklah dikeluarkan dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(3)
Lesen boleh dikeluarkan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh pihak berkuasa pelesenan.
12
Undang-Undang Malaysia