Skip to content

Seksyen 9

Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 9 of 56
Seksyen 9
(1)

Pemegang lesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya di tempat yang mudah dilihat dalam premis tempat perniagaan dijalankan dan hendaklah mengemukakan lesen itu jika dikehendaki berbuat demikian oleh pihak berkuasa pelesenan atau mana-mana pegawai penguat kuasa.

(2)

Pemegang lesen yang gagal untuk mempamerkan atau mengemukakan lesennya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.