Skip to content

Seksyen 7

Permohonan bagi lesen

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 7 of 56
Seksyen 7
(1)

Suatu permohonan bagi lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak berkuasa pelesenan mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.

(3)

Pihak berkuasa pelesenan boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki supaya pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa pelesenan.

(4)

Jika subseksyen (1), (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi lesen itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.