Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2022Read it in English

Bahagian II · Aktiviti Ditetapkan dan Pelesenan

13. Rayuan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang terkilan—

(a)

dengan keengganan pihak berkuasa pelesenan untuk mengeluarkan lesen; atau

(b)

dengan pembatalan atau penggantungan lesennya, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari setelah diberitahu secara bertulis mengenai keengganan, pembatalan atau penggantungan itu, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh, setelah menimbangkan suatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(3)

Sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Report