Seksyen 22
Kuasa untuk memasuki premis
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
ActIn forceProvision 22 of 56
Seksyen 22
Walau apa pun seksyen 20 dan 21, seorang pegawai penguat kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa;
atau
(c)
memungut sampel apa-apa bahan api
.