Seksyen 39
Perakuan analisis
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seseorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Pendakwa Raya dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, yang dalam hal itu dia hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
(2)
Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan sebagai keterangan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.