Seksyen 25
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut yang membawa apa-apa bahan api, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan apa-apa bahan api, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa—
(a)
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa memeriksanya; dan
(b)
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu
Industri Biobahan Api Malaysia 21
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa.
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.