Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2022Read it in English

Bahagian III

27. Pemulangan sementara pengangkut, dsb

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh mahkamah, dan tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.

(2)

Jika apa-apa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta; atau

(b)

melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Industri Biobahan Api Malaysia 23

Report