Seksyen 36
Kuasa untuk mengambil sampel
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
Seorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau memperoleh sampel apa-apa bahan api yang disyaki merupakan atau mengandungi biobahan api bagi maksud dianalisis tanpa apa-apa bayaran daripada mana-mana orang yang mengeluarkan, menjual atau memiliki bahan api atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya sampel itu didapatkan.
(2)
Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah.
(3)
Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.