Skip to content

Seksyen 37

Tatacara bagi pengambilan sampel

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 37 of 56
Seksyen 37
(1)

Jika pegawai penguat kuasa berhasrat untuk mengemukakan apa-apa sampel bahan api yang disyaki merupakan atau mengandungi biobahan api bagi dianalisis, pegawai penguat kuasa yang

Industri Biobahan Api Malaysia 31

mendapatkan sampel itu hendaklah memaklumkan orang yang mengeluarkan, menjual atau memiliki bahan api itu atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya sampel itu didapatkan, bahawa dia berhasrat untuk mendapatkan sampel itu untuk dianalisis oleh juruanalisis.

(2)

Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.