Skip to content

Seksyen 29

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 29 of 56
Seksyen 29
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat siasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan

24

Undang-Undang Malaysia keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.