Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
60. Pelantikan juruanalisis
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik juruanalisis untuk memeriksa dan menguji apa-apa keluaran kelapa sawit dan untuk memperakui keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian dan grednya.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.