Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
70. Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Feedback & support(1)
Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 47
(2)
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.