Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
66. Kewajipan menyimpan kerahsiaan
Feedback & support(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat-menyurat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.