Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
78. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan cara untuk memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat yang hendaklah dikenakan dan bentuk lesen, perakuan, permit dan kelulusan;
menetapkan piawaian bagi pemprosesan dan kaedah bagi mengawet, menggredkan atau membungkus keluaran kelapa sawit;
menetapkan piawaian atau gred keluaran kelapa sawit dan mengadakan peruntukan untuk memberikan kuat kuasa kepada piawaian dan gred itu, termasuk peruntukan bagi atau berhubungan dengan pelabelan;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport keluaran kelapa sawit;
mengadakan peruntukan bagi penyelenggaran piawaian kelakuan yang sepatutnya dalam menjalankan dagangan keluaran kelapa sawit dan industri kelapa sawit dan bagi menguruskan pelanggarannya;
menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri kelapa sawit;
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran kontrak yang berhubungan dengan penjualan dan pembelian keluaran kelapa sawit dan butir-butir kontrak itu;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir
Kumpulan Wang;
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;
menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 51
mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana kegiatan Lembaga dan pada amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.