Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
79. Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan Akta
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), segala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau dengan menjangkakan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung sebagai akibat perlakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.
Subseksyen (1) tidak memberi kuasa pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.