Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
74. Perlindungan pegawai
Feedback & supportTiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.