Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
61. Pemeriksaan atau pengujian berkadar keluaran kelapa sawit yang disita
Feedback & supportJika didapati perlu untuk memeriksa atau menguji apa-apa keluaran kelapa sawit yang disita di bawah Akta ini, maka adalah mencukupi untuk memeriksa atau menguji hanya suatu sampel yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada isipadu atau berat keluaran kelapa sawit itu atau daripada setiap jenis atau perihalan yang berlainan keluaran kelapa sawit itu atau,
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 43
jika keluaran kelapa sawit itu dibungkus dalam bungkusan yang berlainan, daripada kandungan setiap bungkusan.
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki jenis, perihalan atau bungkusan keluaran kelapa sawit itu adalah serupa dengan keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian, gred atau selainnya sampel keluaran kelapa sawit yang diperiksa atau diuji.