Seksyen 24
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa suatu tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang dijumpai dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa—
(a)
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa itu memeriksanya; dan
(b)
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa.