Seksyen 35
Kuasa tambahan
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana daripada yang berikut:
(a)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod atau dokumen yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa, dan untuk membuat salinan daripadanya;
(b)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Menghalang pegawai penguat kuasa