25. Senarai tumbuhan, binatang, karkas, dsb., yang disita
Feedback & support(1)
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan senarai tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
(2)
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 24.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes