Skip to content

Seksyen 32

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 32 of 50
Seksyen 32

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang berupa penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.