Seksyen 33
Kuasa untuk mengambil sampel
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
ActIn forceProvision 33 of 50
Seksyen 33
(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau memperoleh sampel mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain bagi maksud analisis, tanpa bayaran, daripada mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu.
(2)
Tatacara bagi mengambil dan berurusan dengan sampel itu adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.