Skip to content

Seksyen 30

Pelepasan tumbuhan, binatang, karkas, dsb., yang disita

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 30 of 50
Seksyen 30
(1)

Jika mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Ketua Pengarah, melepaskan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disita di bawah Akta ini kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penguat kuasa yang membuat pelepasan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada Ketua Pengarah dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.