Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

20. Ses ke atas pengeksportan kayu

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Lembaga, membuat suatu perintah supaya dikenakan, dipungut, diubah atau dibatalkan sesuatu ses ke atas pengeksportan kesemua atau mana-mana daripada keluaran kayu yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.

(2)

Suatu perintah bagi pengenaan, pemungutan atau pengubahan ses di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berlainan bagi jenis kayu yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.

(3)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

(5)

Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dia dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.

32

Undang-Undang Malaysia

Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi dan bentuk pembayaran lain 20a. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan dan memungut fi dan caj berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan nasihat teknikal, pengujian, penyelidikan, penyiasatan yang disediakan atau dilakukan oleh Lembaga atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga atau penggunaan kemudahan

Lembaga menurut Akta ini.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules