Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014

Bahagian IV · Kewangan

26N. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui notis bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu notis yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya kepada Mahkamah yang hendaklah mengeluarkan suatu waran bagi memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu.

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki hadir di hadapan pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules