Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
26K. Senarai benda yang disita
Feedback & supportJika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dan mengenai premis yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
penghuni premis tempat kayu, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 26J.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak berpenghuni, pegawai penguat kuasa itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Jika apa-apa kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana premis, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke tempat perniagaan atau kediamannya.