In forceUpdated to 1 Jan 2014Current version · Updated to 1 Jan 2014
Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
26G. Kuasa untuk memasuki premis
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 26E dan 26F, seseorang pegawai penguat kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa atau kepada Lembaga; atau
(c)
memungut sampel apa-apa kayu.