Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014

Bahagian IV · Kewangan

26J. Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana kayu, jentera, peralatan, kelengkapan,

38

Undang-Undang Malaysia

buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini adalah atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu adalah atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana kayu, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa—

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa memeriksa pengangkut itu; dan

(b)

membuka semua bahagian pengangkut itu bagi pemeriksaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pemeriksaan itu dijalankan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules