Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

26L. Pemulangan sementara pengangkut, dsb

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh buat sementara memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, dan tertakluk dalam mana-mana hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada Ketua Pengarah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.

(2)

Jika apa-apa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada Ketua Pengarah apabila diminta; atau

(b)

melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1),

40

Undang-Undang Malaysia

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules