Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
26D. Kuasa untuk menangkap
Feedback & supportSeseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—
yang didapati melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
atau
yang pegawai penguat kuasa dengan semunasabahnya mengesyakinya terlibat dalam melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat suatu tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.