Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
23. Kuasa untuk melabur
Feedback & supportLembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan, melaburkan Kumpulan Wang itu atau mana-mana daripada bahagiannya, yang tidak dikehendaki dengan segera bagi memenuhi obligasi Lembaga atau menjalankan fungsinya—
(a)
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa ini; atau
(b)
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.